Dec 19, 2011

Mahasiswa

Bendera Najib diturunkan mahasiswa.
Kecoh sana sini.
Facebook twitter blog semua bercerita.
Wajarkah?
Perlukah?

Setakat simpati ibu bapa untuk sehelai baju.
Duit ptptn beli tiket bas.
Baik kau orang lupa kan benda tak patut ni.

Dec 18, 2011

Malam

Malam berselisih ganti
Datangnya membawa beribu misteri
Misteri yang susah dirungkai
Dari maya hingga realiti

Merehatkan diri tanpa ketegangan dunia
Melihat hanya samar-samar sana
Susah mengenal jantina tanpa bersuara
Mungkin perlu di belai atau di rasa

Seharian melihat di dunia sebelah
Putih terbaring menghapus lelah
Mungkin keringat habis di kerah
Mengharapkan sesuatu yang indah

Si hitam bangkit bertenaga
Menyusuri jalan gelap menjaja-jaja 
Mencari pengaruh mendabik dada
Tanpa ingat dia

Malam itu tenang.
Malam itu dingin.
Malam itu indah.
Malam itu gelap.


Dec 17, 2011

Dewasa

Salam satu malaysia dan salam kepada manusia-manusia yang berkahwin sesama jenis. Lama rasa aku tak menaip dalam ni. Maklum lah banyak benda nak dibuat nya. takda masa betul-betul lapang nak menulis. Masa lapang yang aku ada pun hanya untuk membuang angin yang ada dengan pergi jemputan-jemputan makan malam v.i.p.

Memandangkan sekarang ni musim hujan. Teringat pulak aku aku satu cerita pasal hujan. Sebenarnya banyak cerita ada kait dengan hujan ni, tapi cuma satu cerita yang tersemat dalam kepala otak aku ni. Cerita zaman sebelum tak berapa nak matang lagi. Tapi cerita ni takda kaitan dengan aku mahu pun v.i.p yang lain.

Tepat 12 tengah hari hari sabtu dalam tahun 2002, hujan lebat yang teramat sangat. Jari jemari terasa seperti dicucuk-cucuk benda tajam. Tiada kesakitan tapi hanya kesejukkan. Sebagai pelajar asrama, sepatut nya sudah lama bangkit dari katil. Tapi apa kan daya benda yang tak patut bangkit sudah bangkit terlebih dahulu. Mungkin disebabkan suhu yang agak rendah masa itu. Masa hujan adalah masa yang sesuai untuk melepaskan nafsu tidur dan tidak perlu bangun awal untuk mandi mahu pun membasuh baju senior. 

"Ahmad, awal kau mandi. Tak sejuk ke?" tanya Rabu kepada Ahmad.

"Aku nak pergi jumpa Ustaz Fuad ni. Tapi bukan kau mandi lagi awal dari aku ke tadi?" jawab Rabu.

"Owh. Aku mandi tadi sebab aku sedih. Sedih sebab lepas ni bapak aku dah tak tanggung dosa aku lagi. Aku kena tanggung sendiri."jawab Ahmad sedih.

"Best la kau dapat mandi orang dewasa."jawab Rabu selamba.

Sep 20, 2011

Sama

Ada masa kita gembira.
Ada masa kita berduka.
Ada masa berkawan.
Ada masa bermusuh.

Dulu kering sekarang berisi.
Dulu dara sekarang tiada.
Dulu selekeh sekarang bergaya.
Dulu berkawan sekarang berkahwin.

Lumrah dunia ketentuanNya.
Kita merancang Dia menentukan.
Taat pada yang satu.
Taat kepadaNya.

Kerana dulu atau sekarang Dia tetap yang sama.

Sep 19, 2011

Kuda Tunggangan

Assalamualaikum dan salam 4-0 kepada peminat liverpool. 

Malam sabtu hari tu aku mempersiapkan diri aku dengan segala kelengkapan untuk mengembara ke Kuantan satu daerah yang membangun boleh dikatakan seperti Kuala Lumpur untuk Malaysia timur. Berbekal sebotol air mineral 1.5 liter yang aku selitkan dalam beg galas aku, aku teruskan perjalanan dengan menungguang seekor kuda yang telah lama setia dengan aku sepanjang aku menjadi perantau di Gambang bumi permai. 

Pengembaraan yang mengambil masa kira-kira 20 minit tu aku mulakan dengan menyalakan sebatang rokok winston sebagai pembuka perjalanan selain doa-doa perjalanan yang telah dibekalkan oleh ibu aku. Pengembaraan pada ketika tu sangatlah mencabar kerana kuda ku terpaksa bersaing dengan jentera-jentera yang 18 kali lagi besarnya. Tapi apakan daya aku meneruskan juga perjalanan untuk mencapai misi aku untuk mengembara ke Kuantan setelah 4 bulan ditinggalkan. Belum pun tiba separuh perjalanan aku telah dikejutkan dengan hujan yang agak lebat. 

Akan bersambung..

Sep 15, 2011

Loceng Bodoh

Assalamualaikum. Lama la gamaknya aku tak menaip dekat blog ni. Mahu tak nya sibuk dengan persiapan raya. Lepas tu sibuk pulak denga persiapan nak masuk sem baru. Biasa la kena khatam dua tiga biji buku dulu baru rasa yakin nak menempuh sistem pelajaran dunia sekarang ni. Tapi setakat dua tiga buku tu biasa sangat dah aku baca.

Sebenarnya bukan nak bercerita pasal buku yang dah nak masuk ke seribu berapa pun aku tak ingat sebab dah terlampau banyak sangat buku aku baca. Kalau taraf-taraf budak sekolah aku dah layak dapat anugerah nilam. Takpun lebih dari nilam.

Petang tadi kemain semangat aku tengok budak-budak rumah aku mengangkat loceng-loceng bodoh. Jadiknya semangat tu pun meresap dalam badan aku walaupun sekali imbas tengok badan aku macam Rui Boyka dalam cerita Undisputed tu.

Lepas 10 minit aku bermain dengan loceng-loceng bodoh aku rasa macam minat tu datang pulak. So tunggu hujung sem nanti aku post hasilnya walaupun tanpa loceng-loceng bodoh tu pun badan aku dah ada enam petak. Mungkin aku akan dapat dua petak tambahan dalam dua tiga bulan ni.

Aug 13, 2011

Puasa

Kemain lama tak menaip. Jadi hari ni aku nak menaip balik sempena bulan puasa ni. Sebelum aku bercerita panjang aku nak ucapkan selamat berpuasa walaupun dah nak masuk 2 minggu puasa.

Ok. Tu je. Bye.

Jun 3, 2011

Adinda Evans

Ada apa dengan dara? 
Rilek je adinda evans mengaku takda dara.
Dara tu bukan siapa-siapa.
Kalau mengaku takda dara lu orang takkan dipandang hina.
Lu orang paling bermaruah la.
Kira paling gentle la.

Gua ngaku gua bukan teruna. 
Nampak tak, rilek je gua cakap gua takda teruna.
Gua urban la.
Takkan gua taknak ngaku.
Bermaruahkan gua sebab ngaku.
Tak macam lu orang lain.

May 21, 2011

Undi

Siang tadi aku pergi jalan-jalan carik pasal dengan kawan-kawan aku. Yela cuti kan. Mestilah banyak masa lapang nak dibuang. Macam biasa aku merempit dengan motor kapcai aku meronda-ronda bandar Muo. Lama jugak la aku tak pergi merayap kat Muo ni. Tak sangka banyak perubahan yang aku nampak. Boleh kata ala-ala KL dah sekarang ni. Hebat. Dah ada monorail, ktm, shopping mall setaraf Times Square.

Dah penat berjalan stop jap pekena teh tarik secawan. Sambil tu aku borak-borak dengan kawan aku.

Aku : Wei Mat. Maju dah sekarang Muo ek. Sekali tengok macam kat KL je kan.
Mat : Biasa la. Dah nak pilihan rayakan.
Aku : Owh. Ok.

Siap bayar, start motor pergi daftar undi.

May 16, 2011

Guru

Celik2 mata tengok banyak hadiah kat umah. Tetiba rasa bangga sebab ingat hadiah tu untuk aku. Bila fikir-fikir balik rupa-rupanya semua tu hadiah mak dengan ayah. Tengok kalender 16 Mei. Hari guru rupanya. Patut banyak hadiah.
Selamat Hari Guru untuk mak, ayah dan guru-guru yang ada kat Malaysia

May 12, 2011

September

Bulan september tamatlah cuti
Penyeksaan bermula kembali
Tabahkan diri dan juga hati
Untuk mencapai kejayaan diri

Jangan merasa diri dipaksa
Supaya kerja mudah dilaksana
Agar tiada dendam disana
Kejayaan pasti datang bersama

Masa yang ada jangan dibuang
Sebelum september datang menjelang
Penuhkan hari-hari bersama keluarga tersayang
Sebelum merasa rindu dan sayang

Makan dan tidur aktiviti harian
Membayar kembali hutang kalian
Aku berhenti di sini saudara sekalian
Sebab nak sambung aktiviti harian

May 10, 2011

Kerja

Kerja oh kerja
Susah jugak aku nak carik kau ni
Sana sini aku mencari
Jangan sampai aku maki
Aku dah bosan duduk rumah sekarang ni

Kerja oh kerja
Tolong la datang kat aku
Duduk melaru boleh buntu otak aku
Bila diperli mak bapak tersipu-sipu aku
Cepatlah datang dekat aku

May 5, 2011

Panjang

Malam tadi study manjang
Bosan study pergi tengok bola dengan rumet tersayang
Balik bilik study lupa sebab borak panjang
Sudah mengantuk tidur berseluar sebab takut kena telanjang
Bangun subuh dikejut ibu tersayang
Kalau kat rumah konfem kena terajang
Pagi-pagi lagi cik akak telefon cakap "saya nak pergi exam ni sayang"
Sebabkan tengah ngantuk aku jawab "yela sayang"
Habis exam senyum panjang
Malas aku nak cerita panjang
Saja nak cakap aku dah start cuti panjang

Realiti

Osama mati kau melenting
Cakap US macam anjing
Tapi kau tak penah anggap Islam itu penting
Solat 5 waktu sudah tidak penting
Kalau ditegur sedikit melenting

Beli kereta mewah kau riuh sekampung
Rasa bangga bila dapat menunjuk dekat orang kampung
Bila dapat projek kerajaan kau menyanjung
Bila minyak naik kau muncung

Lumrah manusia
Baik diterima
Buruk dihina
Sebelum berkata pada dunia
Lihat diri kita yang sebenarnya

Bukan mengata bukan mengeji
Bukan salah siapa yang dicari
Hanya meluahkan apa dalam diri
Semoga menjadi renungan saudara saudari

Saya Bosan

Sebenarnya aku tengah mentelaah untuk paper esok tapi disebabkan tiba-tiba aku rasa mengantuk aku online sekejap. Serius aku cakap. Kejap je. Lagi satu sebenarnya aku tak tau pun nak tulis apa. Tiba-tiba aku rasa nak menaip. Suka hati aku la kan. Okbai.

May 4, 2011

Merdeka

Cuti semester dah semakin hampir. Tinggal 1 paper je lagi. Habis exam macam biasa budak-budak mesti menjerit "merdeka". Perkataan biasa yang biasa kita dengar bila habisnya satu-satu peperiksaan. Merdeka bermakna kita bebas dari segala-segalanya untuk semester ini. Sama juga seperti aku tetapi aku lebih suka menyebut merdeka itu hanya didalam hati. Takut-takut ada yang persoalkan pasal merdeka yang aku laungkan. 

Kenapa aku takut orang persoalkan? Sebab aku sendiri rasa diri aku belum merdeka sepenuhnya. Belum bebas sepenuhnya. Merdeka mungkin kerana tamatnya peperiksaan. Merdeka mungkin kerana umur yang semakin meningkat dan aku bebas untuk melakukan apapun yang aku mahu. Jika mahu bercerita mengenai bebas aku telah lama rasa bebas sejak dari sekolah lagi. Mungkin sebab sikap aku yang selalu inginkan sesuatu yang baru. 

Merdeka hanya dimulut tidak mampu memberi apa-apa perubahan pada diri kita mahu pun sesiapa. Merdeka di mulut hanya dapat mengembirakan beberapa orang rakan yang sedang memerhatikan gelagat kita melaungkan perkatan "merdeka". Merdeka tidaklah hanya pada percakapan tetapi setiap perbuatan kita perlu membuktikan kita sudah merdeka. Merdeka dari semua pengaruh-pengaruh negatif dan barat. 

Aku sendiri masih lagi mencari-cari erti kemerdekaan sebenar. Mencari apa itu kebebasan yang boleh menenangkan diri aku sendiri tanpa perlu memikirkan perkara-perkara remeh.


Apr 29, 2011

Hari Ini Dan Semalam

Melayu mudah lupa
Dari kampung pergi ke kota
Tanpa style atau gaya
Menuntut ilmu yang tak seberapa
Untuk mencapai impian ibu bapa

Melayu mudah lupa
Tidak sedar diri bila di kota
Sampai di kota sudah pandai bergaya
Mewahnya mengalahkan orang berada
Lagaknya seperti sudah berkerjaya

Melayu mudah lupa
Ibu bapa membanting tulang hingga rebah
Tapi tiada pun rasa menyampah
Dulunya tidak berani membantah
Sekarang ibu bapa terpaksa menyembah

Melayu mudah lupa
Barat diagungkan
Barat diutamakan
Barat menjadi idola
Barat menjadi ikutannya

Melayu mudah lupa
Dulu aurat hanya kepada suami
Sekarang auratnya untuk semua lelaki
Dulunya merendah diri
Sekarang semuanya sudah meninggi

Melayu mudah lupa
Renung-renungkan dan selamat beramal


Apr 25, 2011

Skandal Rozita Cik Wan Bersama Shahir

Bila kau datang 
Semua gelisah
Semua mengelabah
Semua resah
Semua bimbang tak sudah

Bila kau datang
Semua takut
Semua risau sangkut
Semua kecut perut
Semua kepala macam nak berparut

Bila kau pergi
Semua bahagia
Semua gembira
Semua selesa
Semua suka ria

Bila kau pergi
Semua teringat rumah
Semua teringat mak abah
Semua sujud tak sudah
Semua derita hilang sudah

Semuanya bila kau
.
.
.
.
.
.
.
.
Exam

Apr 24, 2011

18 SX

Tanpa duit kau menjadi sunyi
Tanpa duit kau merendah diri
Tanpa duit kau menyendiri
Tanpa duit kau bukanlah siapa-siapa

Bila berduit kau bangga diri
Bila berduit hidung kau tinggi
Bila berduit kau suka membeli
Bila berduit kau lupa diri

Semuanya perlukan duit
Itu ini semuanya duit
Berkawan sebab duit
Berlawan pun sebab duit

Ada duit ada harta
Tiada duit tiadalah harta
Ada duit mengata
Tiada duit pula dikata

Lumrah dunia
Yang tak berduit dibawah
Yang berduit diatas
Tanpa duit kau bukanlah siapa-siapa

Berduit tak semestinya kaya
Tak berduit tak semestinya papa
Kaya tak semestinya berjaya
Miskin belum tentu kejayaannya





Apr 21, 2011

Maria Ozawa

Dah kau ni kenapa
Asik nak salahkan orang je
Kau tak penah buat salah ke
Kau ingat semua kau buat betul
Pergi mati la kau

Dah kau ni kenapa 
Tak penah nak fikir pasal orang
Nak suruh orang je fikir pasal kau
Kau tu sape?
Kau tu bukan siapa-siapa


Dah kau ni kenapa
Kau ni orang Melayu
Orang Melayu buat cara Melayu
Tak payah open sangat
Kau ingat style la kalau macam tu

Dah kau ni kenapa
Kenapa nak bajet bagus sangat
Hebat sangat ke kau
Semua orang salah
Urban la sangat

Dah kau kenapa
Memang aku orang kampung
Orang kampungkan kolot
Tak urban macam kau
Yela kau kan orang bandar

Dah kau ni kenapa
Belajar malas
Mintak mak bapak macam-macam
Kau ingat mak bapak kau cop duit ke
Pergi belajar la sana

Dah kau ni kenapa
Tak sedar diri lagi ke
Tak payah nak enjoy-enjoy sangat
Ingat mak bapak kat rumah tu
Duit banyak habis nak hantar kau belajar

Peringatan untuk semua.
Okbai.

Apr 20, 2011

Gila

Gila ah
Aku rasa nak sepak orang je hari ni
Time tak nak bukak laju
Bila aku nak bukak server down

Gila ah
Benda alah ni memang nak makan tangan ni
Nasib la ko bukan orang
Kalau tak dah lama ko makan nasi guna kaki

Gila ah
Dah la aku tengah lapar ni
Sape bergurau memang aku terajang sekarang ni
Peduli apa aku
Sape suruh gurau time aku lapar


Gila ah
Dah study week rupanya
Banyak lagi aku tak baca
Sebenarnya aku belum start pun
Padan muka aku

Gila ah
Bila aku nak start ni
Bila mood study nak ada ni
Bila aku nak dapat dekan ni
Bila aku nak rajin ni

Gila ah
Jangan aku jadik gila dah la
Dah aku nak pergi makan
Okbai



Apr 18, 2011

Bijak Pandai

Lepas penat aku study tadi aku rehat kejap sambil online. Ya aku study tadi. Tak payah buat muka tak percaya pulak. Standard la nak exam kan. Hari ni memang aku cipta rekod dari siang sampai malam aku study. Rasa macam kepala aku dah besar dah ni. *harap korang percaya la aku tulis tu*

Time online tadi aku baca 1 blog ni kutuk-kutuk negeri lain. Memang gentle la minah tu aku tengok. Siap boleh post macam tu. Memang hebat la. Tapi hebat tak lama la. Delete jugak. Aku baru nak respek minah ni. Aku rasa dia silap la nak kutuk-kutuk negeri orang. Kutuk la Thailand ke Indon ke. Takda sape nak marah kat ko. Ni orang cakap ada otak tapi letak kat lutut. Dah takda keje lain ke apa. Nasib la ko tu perempuan. Kalau laki aku rasa malam ni memang kena pijak-pijak perut ko.

Aku memang bukan dari negeri tu tapi aku tak setuju langsung post-post jenis kutuk negeri ni. Tapi kalau kutuk indon aku nak join jugak. Kalau tak suka pun tak perlu rasa nya nak post benda-benda macam tu. Sekarang ni aku rasa konfem la ko tak tenang kat sana. Mesti kena bahan nya la. Haha..Lain kali sebelum buat apa-apa tu fikir la dulu cik kak. 

Dah la. Tu je aku nak cakap. Aku nak sambung study. Okbai.

Tumbuk Perut

Time-time aku tengah sibuk tengok bola tadi. Boleh pulak aku dengar ada orang borak pasal pilihan raya dekat sarawak sana. Aku rasa dah lama habis. Pergi dok sembang pasal politik time tengok bola buat apa. Rasa nak tumbuk-tumbuk je perut mamat tu. Nak borak politik pergi tempat lain la.

Time tengok bola patut nya borak la pasal bola kan. Politik sekarang ni macam dah tak betul. Yang A mengata B. Yang B mengata A. Dah tu sapa yang betul ni. Takkan makcik cleaner pulak kan. Kalau semua orang rasa diri dia betul. Memang payah la. Tak guna la penjara, ISA apa semua tu. Buang duit buat semua tu.

Yang melayu sibuk nak buat parti banyak-banyak. Bagi aku kalau rasa melayu tu. Satu parti je cukup la. Tak payah nak pecah-pecah undi. Kalau undi kat U tak per la. Sekali pangkah boleh 4,5 orang.

Pasal politik tak boleh cerita panjang-panjang. Nanti aku kena tangkap pulak. Okbai.

Apr 17, 2011

Bermain Pasir

Bangun-bangun tido je aku terus online tapi aku bukan online facebook sebab aku tau dekat wall aku mesti ada notification pasal berpicnic semalam. Cerita pasal picnic mesti la menarik. Kalau tak menarik bukan picnic nama nya. Gila babi penat hepi semua ada la. Sekali sekala berjalan-jalan dengan coursemate kan. Bukan selalu. Tu pun ada jugak yang tak dapat pergi. Mungkin ada urusan rumah tangga, masalah kereta dan masalah-masalah lain yang tak dapat dielakkan.

Penat tu memang penat la sebab aku bukan pergi main guli. Kalau guli rasa-rasa aku memang tak penat kot. Tapi tak tau la pendapat pemain-pemain guli yang lain. Aku ni pun bukan nya pro sangat main guli. Baru beginner. Kena amek masa la kan kalo nak jadik pro. Watefak. Asal aku cerita pasal guli ni. Dah la. Aku nak pergi mandi.

Okbai.

Apr 16, 2011

Katil dan Pembaris

Damn. Hari ni dah dekat 6 kali aku jatuh katil. Hari ini dalam sejarah aku jatuh katil. Macam gampang pulak rasa. Nasib baik jarak katil dengan lantai setaraf dengan pembaris standard budak-budak sekolah guna. Kalau standard pembaris cikgu kat sekolah. Memang kerusi roda aku guna. Ganti usop wilcha. Boleh jadik femes jugak nanti. Babi apa femes. Aku ni dah la pemalu. Takkan tetiba nak jadik femes.

Hari ni mood aku memang nak terajang orang je aku rasa. Aku baru lepas tengok maharaja lawak kat youtube. Aku rasa minggu ni amer paling terbaik. Lawak gila babi. Siapa tak tengok amer malam tadi memang rugi. Memang tak lengkap la hidup kalo tak tengok amer perform. Ok. Aku rasa korang dah boleh start sepak terajang aku sebab persembahan amer tadi sumpah tak lawak. Haram jadah apa ko naik atas pentas macam tu. Kalau aku dah malu sial. Mood hari ni tetiba nak maki amer. I'm sorry.

Kalo ada penyokong amer nak marah. Pedulik apa aku. Okbai.

Apr 15, 2011

Nafsu Songsang

Hari ni cukup la seminggu aku tido lepas subuh. Biasa la. Nama pun student mesti la study sampai pagi. Okeh aku tipu. Kalo rasa nak tumbuk aku tumbuk la. Apa aku kesah. Macam hari-hari sebelum ni, nafsu nak tido memang ada tapi nafsu tu tak dapat nak dilunaskan. Aku pun tak tau la kenapa. Biasa kalo dah bernafsu sekejap je boleh settle kan. Tapi bab tido ni aku tak tau nak cakap macam mana.

Nafsu tido semua aku lepas time siang. Kalau siang aku puaskan nafsu aku bila malam memang haram la kalo aku dapat tido. Budak-budak rumah aku ni pun nafsu songsang jugak. Orang tido time malam dieorang tido time siang. Lebih kurang la dengan aku. Nafsu songsang ni dah lama jadik tapi sejak akhir-akhir ni terasa hidup songsang tu macam menarik. Malam-malam sunyi sepi boleh la buat pape pun time ni. Bukan orang tau.

Okbai..

Apr 14, 2011

Singa yang mudah dijinakkan

Bangun-bangun pagi tengok jam baru pukul 2. Awal lagi. Rasa macam menyesal pulak bangun. Macam biasa bangun-bangun layan fb seframe dua sebelum mandi. Bukak fb dapat mesej tak best. Rupa nya aku ada appointment dengan dekan. Memang tak da mood la nak jumpa sebab sebelum-sebelum ni aku dengar khabar angin dekan tu setaraf dengan singa.. Tapi aku tak kesah la sebab nanti bukan aku pergi sorang. Takkan singa larat nak makan sampai 4 orang dalam 1 masa. Mesti die pilih daging yang best-best je. Dan semesti nya bukan daging aku.

Tak sampai 10 minit aku ngadap laptop aku dah menguap rasa nak tido balik tapi aku bangun jugak mandi sebab aku belum zohor lagi. Kalau aku ikutkan setan menguap tu memang hilang la zohor aku hari ni. Aku bangun nak pergi mandi tengok housemate aku semua tengah terkangkang atas katil lagi. Tetiba rasa macam jeles pulak kan. Gila ke apa aku nak jeles. Pergi mati la. 

Lepas siap semua aku sambung online balik dapat lagi mesej yang tak sedap. Babi la. Kalau sedap memang aku terus makan mesej tu. Aku rilek lagi sebab aku tak nak amek port sangat mesej tu aku terbayang nasik je. Apa lagi aku pergi mencekik dulu la jawab nya.

Habis makan aku terus pergi jumpa dekan kesayang budak-budak class aku. Lepas jumpa je aku rasa khabar angin yang aku dengar semua tak betul. Aku tengok ok je orang tua tu. Tak macam singa pun. Macam anak kucing je. Aku gosok-gosok dagu dia, dia buat muka manja je. Harap orang tua tu baca supaya kau dapat markah lebih.

Pengajaran aku dapat hari ni. Bangun tido tak payah online. Tu je. Bye.

Mar 16, 2011

Janji

Hari ni aku nak bercerita pasal janji. Rasa-rasa aku ramai orang suka berjanji tapi tak tepati apa yang dia janji. Tak tepati janji ni boleh menyebabkan salah paham tak pun rasa kurang selesa even kawan-kawan sekalipun. Kadang-kadang sebab janji juga la boleh putus kawan. Aku ni pun bukan jenis yang tepati janji juga tapi aku cuba untuk buat apa yang aku dah janji. Ok lah. Aku tak bebel panjang. Tu je yang aku nk cakap..

Mar 9, 2011

Honeymoon

Okeh. Sekarang mood nak update blog. Tak nak cerita pasal Arsenal kalah tapi nk cerita pasal honeymoon aku bersama pasangan-pasangan gay aku kat Tioman. Haha..
Tarikh honeymoon ak tak berapa nak ingat tapi kalau tak silap aku dalam 2 minggu lepas.
Nak taip panjang-panjang pun tak ada mood sangat sebab terkenang Arsenal kalah tadi. Ni aku share sikit la gambar yang aku ada.



Gambar ni time nak naik feri. Tengah bersemangat sebab tak penah lagi rasa mabuk laut.




Sampai je terus lepak minum-minum dulu sebab nak hilangkan mabuk laut. Time ni sume diam jela. 






Ni pulak antara aktiviti yang aku buat kat sana. Muka confident je tu walaupun first time snorkeling. Betul ke tak aku eja tu. Lantak la.







Antara makanan yang ada..




Yang bawah-bawah ni gambar-gambar sampingan jela..




Hah. Tu jela. Bye.



Feb 18, 2011

Teringat

assalamualaikum.
arini aku sangat bushan.

xda clas lngsng arini.
menyangap tak tau nak wat ape.
demmit.

henpon sunyi sepanjang hari.
takde terima pape panggilan.
takde terima pape text.
mahupun mms.
wat-de heck.

macam biasa.
layan cter2 Tribute to P.Ramlee lagi.
teringat kat pasangan gay aku.
normal la tu.
aku pun ada hati jugak weh.
siyes she is a guy dude.
aku kn mmg gay.
al-kefala-hutak.
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
Ni hah pasangan gay aku.










Feb 9, 2011

Senyum

Jangan melihat penampilan,
Kerana ia boleh menipumu,
Jangan melihat kejayaan,
Kerana ia boleh menghancurkan.
Pergilah kepada seseorang yang boleh membuat kamu tersenyum,
Kerana hanya dengan sebuah senyuman,
Hari yang gelap boleh menjadi terang,
Carilah seseorang yang akan membuat hatimu tersenyum..