Dec 19, 2011

Mahasiswa

Bendera Najib diturunkan mahasiswa.
Kecoh sana sini.
Facebook twitter blog semua bercerita.
Wajarkah?
Perlukah?

Setakat simpati ibu bapa untuk sehelai baju.
Duit ptptn beli tiket bas.
Baik kau orang lupa kan benda tak patut ni.

Dec 18, 2011

Malam

Malam berselisih ganti
Datangnya membawa beribu misteri
Misteri yang susah dirungkai
Dari maya hingga realiti

Merehatkan diri tanpa ketegangan dunia
Melihat hanya samar-samar sana
Susah mengenal jantina tanpa bersuara
Mungkin perlu di belai atau di rasa

Seharian melihat di dunia sebelah
Putih terbaring menghapus lelah
Mungkin keringat habis di kerah
Mengharapkan sesuatu yang indah

Si hitam bangkit bertenaga
Menyusuri jalan gelap menjaja-jaja 
Mencari pengaruh mendabik dada
Tanpa ingat dia

Malam itu tenang.
Malam itu dingin.
Malam itu indah.
Malam itu gelap.


Dec 17, 2011

Dewasa

Salam satu malaysia dan salam kepada manusia-manusia yang berkahwin sesama jenis. Lama rasa aku tak menaip dalam ni. Maklum lah banyak benda nak dibuat nya. takda masa betul-betul lapang nak menulis. Masa lapang yang aku ada pun hanya untuk membuang angin yang ada dengan pergi jemputan-jemputan makan malam v.i.p.

Memandangkan sekarang ni musim hujan. Teringat pulak aku aku satu cerita pasal hujan. Sebenarnya banyak cerita ada kait dengan hujan ni, tapi cuma satu cerita yang tersemat dalam kepala otak aku ni. Cerita zaman sebelum tak berapa nak matang lagi. Tapi cerita ni takda kaitan dengan aku mahu pun v.i.p yang lain.

Tepat 12 tengah hari hari sabtu dalam tahun 2002, hujan lebat yang teramat sangat. Jari jemari terasa seperti dicucuk-cucuk benda tajam. Tiada kesakitan tapi hanya kesejukkan. Sebagai pelajar asrama, sepatut nya sudah lama bangkit dari katil. Tapi apa kan daya benda yang tak patut bangkit sudah bangkit terlebih dahulu. Mungkin disebabkan suhu yang agak rendah masa itu. Masa hujan adalah masa yang sesuai untuk melepaskan nafsu tidur dan tidak perlu bangun awal untuk mandi mahu pun membasuh baju senior. 

"Ahmad, awal kau mandi. Tak sejuk ke?" tanya Rabu kepada Ahmad.

"Aku nak pergi jumpa Ustaz Fuad ni. Tapi bukan kau mandi lagi awal dari aku ke tadi?" jawab Rabu.

"Owh. Aku mandi tadi sebab aku sedih. Sedih sebab lepas ni bapak aku dah tak tanggung dosa aku lagi. Aku kena tanggung sendiri."jawab Ahmad sedih.

"Best la kau dapat mandi orang dewasa."jawab Rabu selamba.