Sep 20, 2011

Sama

Ada masa kita gembira.
Ada masa kita berduka.
Ada masa berkawan.
Ada masa bermusuh.

Dulu kering sekarang berisi.
Dulu dara sekarang tiada.
Dulu selekeh sekarang bergaya.
Dulu berkawan sekarang berkahwin.

Lumrah dunia ketentuanNya.
Kita merancang Dia menentukan.
Taat pada yang satu.
Taat kepadaNya.

Kerana dulu atau sekarang Dia tetap yang sama.

Sep 19, 2011

Kuda Tunggangan

Assalamualaikum dan salam 4-0 kepada peminat liverpool. 

Malam sabtu hari tu aku mempersiapkan diri aku dengan segala kelengkapan untuk mengembara ke Kuantan satu daerah yang membangun boleh dikatakan seperti Kuala Lumpur untuk Malaysia timur. Berbekal sebotol air mineral 1.5 liter yang aku selitkan dalam beg galas aku, aku teruskan perjalanan dengan menungguang seekor kuda yang telah lama setia dengan aku sepanjang aku menjadi perantau di Gambang bumi permai. 

Pengembaraan yang mengambil masa kira-kira 20 minit tu aku mulakan dengan menyalakan sebatang rokok winston sebagai pembuka perjalanan selain doa-doa perjalanan yang telah dibekalkan oleh ibu aku. Pengembaraan pada ketika tu sangatlah mencabar kerana kuda ku terpaksa bersaing dengan jentera-jentera yang 18 kali lagi besarnya. Tapi apakan daya aku meneruskan juga perjalanan untuk mencapai misi aku untuk mengembara ke Kuantan setelah 4 bulan ditinggalkan. Belum pun tiba separuh perjalanan aku telah dikejutkan dengan hujan yang agak lebat. 

Akan bersambung..

Sep 15, 2011

Loceng Bodoh

Assalamualaikum. Lama la gamaknya aku tak menaip dekat blog ni. Mahu tak nya sibuk dengan persiapan raya. Lepas tu sibuk pulak denga persiapan nak masuk sem baru. Biasa la kena khatam dua tiga biji buku dulu baru rasa yakin nak menempuh sistem pelajaran dunia sekarang ni. Tapi setakat dua tiga buku tu biasa sangat dah aku baca.

Sebenarnya bukan nak bercerita pasal buku yang dah nak masuk ke seribu berapa pun aku tak ingat sebab dah terlampau banyak sangat buku aku baca. Kalau taraf-taraf budak sekolah aku dah layak dapat anugerah nilam. Takpun lebih dari nilam.

Petang tadi kemain semangat aku tengok budak-budak rumah aku mengangkat loceng-loceng bodoh. Jadiknya semangat tu pun meresap dalam badan aku walaupun sekali imbas tengok badan aku macam Rui Boyka dalam cerita Undisputed tu.

Lepas 10 minit aku bermain dengan loceng-loceng bodoh aku rasa macam minat tu datang pulak. So tunggu hujung sem nanti aku post hasilnya walaupun tanpa loceng-loceng bodoh tu pun badan aku dah ada enam petak. Mungkin aku akan dapat dua petak tambahan dalam dua tiga bulan ni.