Feb 19, 2012

Sejuk

Disebabkan semalam hujan lebat yang amat sangat, kesan nya telah membawa ke pagi berikutnya. Aku terpaksa bertemankan baju yang tebal ala-ala pelakon Korea disebabkan kesejukkan yang melampau. Tiada apa yang mampu aku lakukan pada cuaca yang dingin sebegini. Apa yang mampu hanya bergomol-gomol di atas katil bersama bantal dan selimut. Mereka inilah yang menjadi penemana setia dikala sejuk mencengkam.

*sambung tido balik*

Feb 18, 2012

Zohor

Hari ni macam biasa aku bangun aku terus tunaikan kewajipan apa yang patut. Tanpa ragu-ragu aku terus mengambil wudhu kemudian terus memakai kain pelikat berjenama gajah duduk pemberian seorang rakan semasa hari jadik aku. Tanpa menghiraukan rakan sebilik yang sedang asyik bermain laptop, aku gagahkan kan diri untuk mencapai sejadah walaupun ngantuk.

Semasa aku cuba mencapai sejadah, seorang rakan rumah memandang aku dengan pandangan sinis seperti ada sesuatu yang hendak disalahkan. Lantas aku berkata, "Kalau tak puas hati lepas ni kita bertumbuk. Tapi bagi aku bersolat subuh dahulu". Tapi kata-kata itu hanyalah dalam hati kerana mulut aku memang tidak mampu hendak ungkapkan sepatah perkataan pun walaupun mulut aku penah menerima aku mulut paling seksi di Asia.

Setelah selesai, aku mulakan bicara. "Woi Samad. Apa kau pandang-pandang tadi. Tak puas hati ke? " gertak aku pada Samad. Lantas Samad membalas dengan tenang. "Sejak bila semayang Zohor ada baca doa qunut". 

Aku toleh kiri kanan dan terus solat Zohor.