May 4, 2011

Merdeka

Cuti semester dah semakin hampir. Tinggal 1 paper je lagi. Habis exam macam biasa budak-budak mesti menjerit "merdeka". Perkataan biasa yang biasa kita dengar bila habisnya satu-satu peperiksaan. Merdeka bermakna kita bebas dari segala-segalanya untuk semester ini. Sama juga seperti aku tetapi aku lebih suka menyebut merdeka itu hanya didalam hati. Takut-takut ada yang persoalkan pasal merdeka yang aku laungkan. 

Kenapa aku takut orang persoalkan? Sebab aku sendiri rasa diri aku belum merdeka sepenuhnya. Belum bebas sepenuhnya. Merdeka mungkin kerana tamatnya peperiksaan. Merdeka mungkin kerana umur yang semakin meningkat dan aku bebas untuk melakukan apapun yang aku mahu. Jika mahu bercerita mengenai bebas aku telah lama rasa bebas sejak dari sekolah lagi. Mungkin sebab sikap aku yang selalu inginkan sesuatu yang baru. 

Merdeka hanya dimulut tidak mampu memberi apa-apa perubahan pada diri kita mahu pun sesiapa. Merdeka di mulut hanya dapat mengembirakan beberapa orang rakan yang sedang memerhatikan gelagat kita melaungkan perkatan "merdeka". Merdeka tidaklah hanya pada percakapan tetapi setiap perbuatan kita perlu membuktikan kita sudah merdeka. Merdeka dari semua pengaruh-pengaruh negatif dan barat. 

Aku sendiri masih lagi mencari-cari erti kemerdekaan sebenar. Mencari apa itu kebebasan yang boleh menenangkan diri aku sendiri tanpa perlu memikirkan perkara-perkara remeh.


No comments: