May 21, 2011

Undi

Siang tadi aku pergi jalan-jalan carik pasal dengan kawan-kawan aku. Yela cuti kan. Mestilah banyak masa lapang nak dibuang. Macam biasa aku merempit dengan motor kapcai aku meronda-ronda bandar Muo. Lama jugak la aku tak pergi merayap kat Muo ni. Tak sangka banyak perubahan yang aku nampak. Boleh kata ala-ala KL dah sekarang ni. Hebat. Dah ada monorail, ktm, shopping mall setaraf Times Square.

Dah penat berjalan stop jap pekena teh tarik secawan. Sambil tu aku borak-borak dengan kawan aku.

Aku : Wei Mat. Maju dah sekarang Muo ek. Sekali tengok macam kat KL je kan.
Mat : Biasa la. Dah nak pilihan rayakan.
Aku : Owh. Ok.

Siap bayar, start motor pergi daftar undi.

May 16, 2011

Guru

Celik2 mata tengok banyak hadiah kat umah. Tetiba rasa bangga sebab ingat hadiah tu untuk aku. Bila fikir-fikir balik rupa-rupanya semua tu hadiah mak dengan ayah. Tengok kalender 16 Mei. Hari guru rupanya. Patut banyak hadiah.
Selamat Hari Guru untuk mak, ayah dan guru-guru yang ada kat Malaysia

May 12, 2011

September

Bulan september tamatlah cuti
Penyeksaan bermula kembali
Tabahkan diri dan juga hati
Untuk mencapai kejayaan diri

Jangan merasa diri dipaksa
Supaya kerja mudah dilaksana
Agar tiada dendam disana
Kejayaan pasti datang bersama

Masa yang ada jangan dibuang
Sebelum september datang menjelang
Penuhkan hari-hari bersama keluarga tersayang
Sebelum merasa rindu dan sayang

Makan dan tidur aktiviti harian
Membayar kembali hutang kalian
Aku berhenti di sini saudara sekalian
Sebab nak sambung aktiviti harian

May 10, 2011

Kerja

Kerja oh kerja
Susah jugak aku nak carik kau ni
Sana sini aku mencari
Jangan sampai aku maki
Aku dah bosan duduk rumah sekarang ni

Kerja oh kerja
Tolong la datang kat aku
Duduk melaru boleh buntu otak aku
Bila diperli mak bapak tersipu-sipu aku
Cepatlah datang dekat aku

May 5, 2011

Panjang

Malam tadi study manjang
Bosan study pergi tengok bola dengan rumet tersayang
Balik bilik study lupa sebab borak panjang
Sudah mengantuk tidur berseluar sebab takut kena telanjang
Bangun subuh dikejut ibu tersayang
Kalau kat rumah konfem kena terajang
Pagi-pagi lagi cik akak telefon cakap "saya nak pergi exam ni sayang"
Sebabkan tengah ngantuk aku jawab "yela sayang"
Habis exam senyum panjang
Malas aku nak cerita panjang
Saja nak cakap aku dah start cuti panjang

Realiti

Osama mati kau melenting
Cakap US macam anjing
Tapi kau tak penah anggap Islam itu penting
Solat 5 waktu sudah tidak penting
Kalau ditegur sedikit melenting

Beli kereta mewah kau riuh sekampung
Rasa bangga bila dapat menunjuk dekat orang kampung
Bila dapat projek kerajaan kau menyanjung
Bila minyak naik kau muncung

Lumrah manusia
Baik diterima
Buruk dihina
Sebelum berkata pada dunia
Lihat diri kita yang sebenarnya

Bukan mengata bukan mengeji
Bukan salah siapa yang dicari
Hanya meluahkan apa dalam diri
Semoga menjadi renungan saudara saudari

Saya Bosan

Sebenarnya aku tengah mentelaah untuk paper esok tapi disebabkan tiba-tiba aku rasa mengantuk aku online sekejap. Serius aku cakap. Kejap je. Lagi satu sebenarnya aku tak tau pun nak tulis apa. Tiba-tiba aku rasa nak menaip. Suka hati aku la kan. Okbai.

May 4, 2011

Merdeka

Cuti semester dah semakin hampir. Tinggal 1 paper je lagi. Habis exam macam biasa budak-budak mesti menjerit "merdeka". Perkataan biasa yang biasa kita dengar bila habisnya satu-satu peperiksaan. Merdeka bermakna kita bebas dari segala-segalanya untuk semester ini. Sama juga seperti aku tetapi aku lebih suka menyebut merdeka itu hanya didalam hati. Takut-takut ada yang persoalkan pasal merdeka yang aku laungkan. 

Kenapa aku takut orang persoalkan? Sebab aku sendiri rasa diri aku belum merdeka sepenuhnya. Belum bebas sepenuhnya. Merdeka mungkin kerana tamatnya peperiksaan. Merdeka mungkin kerana umur yang semakin meningkat dan aku bebas untuk melakukan apapun yang aku mahu. Jika mahu bercerita mengenai bebas aku telah lama rasa bebas sejak dari sekolah lagi. Mungkin sebab sikap aku yang selalu inginkan sesuatu yang baru. 

Merdeka hanya dimulut tidak mampu memberi apa-apa perubahan pada diri kita mahu pun sesiapa. Merdeka di mulut hanya dapat mengembirakan beberapa orang rakan yang sedang memerhatikan gelagat kita melaungkan perkatan "merdeka". Merdeka tidaklah hanya pada percakapan tetapi setiap perbuatan kita perlu membuktikan kita sudah merdeka. Merdeka dari semua pengaruh-pengaruh negatif dan barat. 

Aku sendiri masih lagi mencari-cari erti kemerdekaan sebenar. Mencari apa itu kebebasan yang boleh menenangkan diri aku sendiri tanpa perlu memikirkan perkara-perkara remeh.