May 24, 2012

Helmi Dan Kit Kat

Selesai mandi Helmi cuba mengeringkan rambut beliau dengan kelajuan kipas tahap 3. Helmi beranggapan semakin laju kipas semakin cepat rambutnya kering. Sambil duduk Helmi mencapai roti gardenia berperisa coklat lalu mengunyah dengan sopan santun supaya rakan sebiliknya tidak tahu akan kewujudan roti gardenia tersebut. Sambil mengunyah Helmi terpandang kalendar bertarikh hari tersebut. Dalam tidak sedar rupanya beliau ada ujian penting pada malam itu. Kerana risau tidak sempat membaca Helmi hanya mampu menulis nota-nota kecil untuk dibawa sebagai senjata untuk berperang nanti. Sambil menulis sempat lagi Helmi menyalakan sebatang rokok dunhill sebagai peneman untuk beliau kala petang itu. Dibukanya lagu-lagu kegemaran beliau dari seorang artis pujaan ramai, Salamiah Hassan.

Sedang khusyuk Helmi menulis, dipasangnya video agama tanda berehat sebentar mengantikan coklat kit kat yang baru habis malam sebelumnya. Antara isi penting dalam video tersebut adalah keburukkan menipu. Disebabkan itu, Helmi terus menafikan niat hati untuk membawa alat bantuan pada malam itu. Tibanya waktu, pergilah Helmi tanpa apa-apa alat bantuan. Yang ada hanya sebatang pensil 2B jenama Faber Castell and sebatang pembaris.

Sedang Helmi menjawab, dihelanya nafas panjang kerana satu dari 3 soalan masih lagi belum dizahirkan jawapan ke atas kertas putih yang diberi. Pandanglah Helmi ke kiri dan kanan memerhati rakan-rakan yang lain. Sesudah puas memerhati, Helmi hanya menundukkan kepala tanda kecewa pada diri sendiri. Helmi menggeleng. Terdetik rasa menyesal kerana lupa membeli simpanan kit kat untuk hari itu.

No comments: