Aug 13, 2011

Puasa

Kemain lama tak menaip. Jadi hari ni aku nak menaip balik sempena bulan puasa ni. Sebelum aku bercerita panjang aku nak ucapkan selamat berpuasa walaupun dah nak masuk 2 minggu puasa.

Ok. Tu je. Bye.

Jun 3, 2011

Adinda Evans

Ada apa dengan dara? 
Rilek je adinda evans mengaku takda dara.
Dara tu bukan siapa-siapa.
Kalau mengaku takda dara lu orang takkan dipandang hina.
Lu orang paling bermaruah la.
Kira paling gentle la.

Gua ngaku gua bukan teruna. 
Nampak tak, rilek je gua cakap gua takda teruna.
Gua urban la.
Takkan gua taknak ngaku.
Bermaruahkan gua sebab ngaku.
Tak macam lu orang lain.

May 21, 2011

Undi

Siang tadi aku pergi jalan-jalan carik pasal dengan kawan-kawan aku. Yela cuti kan. Mestilah banyak masa lapang nak dibuang. Macam biasa aku merempit dengan motor kapcai aku meronda-ronda bandar Muo. Lama jugak la aku tak pergi merayap kat Muo ni. Tak sangka banyak perubahan yang aku nampak. Boleh kata ala-ala KL dah sekarang ni. Hebat. Dah ada monorail, ktm, shopping mall setaraf Times Square.

Dah penat berjalan stop jap pekena teh tarik secawan. Sambil tu aku borak-borak dengan kawan aku.

Aku : Wei Mat. Maju dah sekarang Muo ek. Sekali tengok macam kat KL je kan.
Mat : Biasa la. Dah nak pilihan rayakan.
Aku : Owh. Ok.

Siap bayar, start motor pergi daftar undi.

May 16, 2011

Guru

Celik2 mata tengok banyak hadiah kat umah. Tetiba rasa bangga sebab ingat hadiah tu untuk aku. Bila fikir-fikir balik rupa-rupanya semua tu hadiah mak dengan ayah. Tengok kalender 16 Mei. Hari guru rupanya. Patut banyak hadiah.
Selamat Hari Guru untuk mak, ayah dan guru-guru yang ada kat Malaysia