May 5, 2011

Saya Bosan

Sebenarnya aku tengah mentelaah untuk paper esok tapi disebabkan tiba-tiba aku rasa mengantuk aku online sekejap. Serius aku cakap. Kejap je. Lagi satu sebenarnya aku tak tau pun nak tulis apa. Tiba-tiba aku rasa nak menaip. Suka hati aku la kan. Okbai.

May 4, 2011

Merdeka

Cuti semester dah semakin hampir. Tinggal 1 paper je lagi. Habis exam macam biasa budak-budak mesti menjerit "merdeka". Perkataan biasa yang biasa kita dengar bila habisnya satu-satu peperiksaan. Merdeka bermakna kita bebas dari segala-segalanya untuk semester ini. Sama juga seperti aku tetapi aku lebih suka menyebut merdeka itu hanya didalam hati. Takut-takut ada yang persoalkan pasal merdeka yang aku laungkan. 

Kenapa aku takut orang persoalkan? Sebab aku sendiri rasa diri aku belum merdeka sepenuhnya. Belum bebas sepenuhnya. Merdeka mungkin kerana tamatnya peperiksaan. Merdeka mungkin kerana umur yang semakin meningkat dan aku bebas untuk melakukan apapun yang aku mahu. Jika mahu bercerita mengenai bebas aku telah lama rasa bebas sejak dari sekolah lagi. Mungkin sebab sikap aku yang selalu inginkan sesuatu yang baru. 

Merdeka hanya dimulut tidak mampu memberi apa-apa perubahan pada diri kita mahu pun sesiapa. Merdeka di mulut hanya dapat mengembirakan beberapa orang rakan yang sedang memerhatikan gelagat kita melaungkan perkatan "merdeka". Merdeka tidaklah hanya pada percakapan tetapi setiap perbuatan kita perlu membuktikan kita sudah merdeka. Merdeka dari semua pengaruh-pengaruh negatif dan barat. 

Aku sendiri masih lagi mencari-cari erti kemerdekaan sebenar. Mencari apa itu kebebasan yang boleh menenangkan diri aku sendiri tanpa perlu memikirkan perkara-perkara remeh.


Apr 29, 2011

Hari Ini Dan Semalam

Melayu mudah lupa
Dari kampung pergi ke kota
Tanpa style atau gaya
Menuntut ilmu yang tak seberapa
Untuk mencapai impian ibu bapa

Melayu mudah lupa
Tidak sedar diri bila di kota
Sampai di kota sudah pandai bergaya
Mewahnya mengalahkan orang berada
Lagaknya seperti sudah berkerjaya

Melayu mudah lupa
Ibu bapa membanting tulang hingga rebah
Tapi tiada pun rasa menyampah
Dulunya tidak berani membantah
Sekarang ibu bapa terpaksa menyembah

Melayu mudah lupa
Barat diagungkan
Barat diutamakan
Barat menjadi idola
Barat menjadi ikutannya

Melayu mudah lupa
Dulu aurat hanya kepada suami
Sekarang auratnya untuk semua lelaki
Dulunya merendah diri
Sekarang semuanya sudah meninggi

Melayu mudah lupa
Renung-renungkan dan selamat beramal


Apr 25, 2011

Skandal Rozita Cik Wan Bersama Shahir

Bila kau datang 
Semua gelisah
Semua mengelabah
Semua resah
Semua bimbang tak sudah

Bila kau datang
Semua takut
Semua risau sangkut
Semua kecut perut
Semua kepala macam nak berparut

Bila kau pergi
Semua bahagia
Semua gembira
Semua selesa
Semua suka ria

Bila kau pergi
Semua teringat rumah
Semua teringat mak abah
Semua sujud tak sudah
Semua derita hilang sudah

Semuanya bila kau
.
.
.
.
.
.
.
.
Exam